Skip to content

PENUBUHAN LEMBAGA TIMAH

Lembaga (Penyelidikan dan Kemajuan) Perusahaan Timah (Lembaga Timah) telah ditubuhkan di bawah Seksyen 4, Ordinan Kumpulan Wang (Penyelidikan dan Kemajuan) Perusahaan Timah, No.58 tahun 1953, dan telah beroperasi semenjak tahun 1954. Pada bulan Mac 1991, Ordinan tersebut telah dipinda dan diwarta sebagai perundangan terpinda yang dinamakan Akta Kumpulan Wang (Penyelidikan dan Kemajuan) Perusahaan Timah No. 455 tahun 1953 (Akta 455).

Sebagai sebuah badan berkanun Persekutuan, Lembaga Timah adalah bertanggungjawab kepada Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES).

DAILY TIN PRICES

KLTM

5 December 2023

  • NO TRANSACTION

LME

4 December 2023

  • Cash : US$23,625
  • 3-Month : US$23,900

SHANGHAI

4 December 2023

  • US$27,962

OBJEKTIF

  • Untuk membantu membangunkan industri timah yang mampan dan bersepadu sepenuhnya dengan menggalak serta memudahkan pertumbuhan dan pelaburan dalam keseluruhan ekosistem industri timah, termasuk sektor huluan, pertengahan dan hiliran serta rantaian bekalannya.
  • Untuk menjalan dan memudahcarakan aktiviti-aktiviti R&D yang boleh memberi manfaat kepada industri timah di Malaysia.
  • Untuk merangsang, mempopular, dan memperluaskan penggunaan timah di dalam industri pembuatan barangan berasaskan timah berdasarkan kelebihan tekno-ekonomi logam tersebut, bagi memberi manfaat kepada kepentingan industri timah di Malaysia.
  • Untuk menghebah dan menyebarkan maklumat mengenai pengeluaran, ciri-ciri, kesediaadaan dan kegunaan timah dalam kehidupan seharian.
  • Untuk menjalankan aktiviti-aktiviti lain yang berkaitan dan bermanfaat kepada industri timah serta pemegang taruhnya.

FUNGSI

  • Merancang dan menggubal strategi-strategi yang wajar bagi pembangunan industri timah tempatan.
  • Merancang dan menggubal dasar-dasar penyelidikan, pembangunan dan seranta yang bersepadu untuk memajukan industri timah tempatan.
  • Memberi bantuan khidmat tekno-ekonomi serta menggalakkan pemindahan teknologi kepada industri timah tempatan.
  • Mewujud dan membangunkan industri pembuatan berasaskan timah dalam pembangunan bersepadu industri timah tempatan.
  • Menganjur aktiviti-aktiviti sokongan lain yang boleh mempertingkatkan lagi pembangunan serta imej pro-aktif industri timah.