Skip to content

AKTIVITI-AKTIVITI UTAMA

Selaras dengan objektifnya untuk mempromosi, merangsang dan memperluaskan industri timah di Malaysia serta membantu meningkatkan penggunaan timah di dalam aplikasi sedia ada atau baharu di dalam negara, Lembaga Timah menjalankan dua aktiviti utama, iaitu;

  • AKTIVITI SERANTA DAN PERHUBUNGAN AWAM
  • PENYELIDIKAN DAN KEMAJUAN

AKTIVITI SERANTA DAN PERHUBUNGAN AWAM

Lima aktiviti seranta dan perhubungan awam utama yang dilaksanakan oleh Lembaga Timah ialah:

  1. Penerbitan;
  2. Penerimaan pelawat;
  3. Penganjuran dan penyertaan dalam persidangan, forum, bengkel dan dialog;
  4. Khidmat pinjaman; dan
  5. Khidmat nasihat.

PENERBITAN

Lembaga Timah menghasilkan tiga penerbitan utama yang diedarkan kepada orang awam, para penggiat industri serta mereka yang berkaitan. Penerbitan-penerbitan adalah seperti berikut:

MALAYSIAN TIN BULLETIN (Buletin Timah Malaysia)

Buletin Timah Malaysia (MTB) merupakan penerbitan media seranta dan perhubungan awam utama Lembaga. Ianya diterbitkan di dalam Bahasa Inggeris setiap bulan dan diedarkan di dalam dan luar negara. Buletin ini berperanan sebagai sumber maklumat dan rujukan utama mengenai industri timah serta perkembangannya. Setiap terbitan MTB merangkumi liputan mengenai pasaran timah, data perangkaan mengenai perbekalan dan permintaan, dan berita-berita terkini serta unjuran terkini terhadap pasaran, prospek dan arah aliran industri timah tempatan, serantau dan antarabangsa. Ianya merupakan media penting bagi penyebaran berita dan maklumat terkini mengenai industri timah. MTB diterbitkan dalam format digital dan cetakan, dengan jumlah edaran sebanyak 1,000 naskah setiap terbitan.

2020 : 
JAN | FEB | MAC | APR | Mei | JUN | JUL | OGO | SEP | Okt | NOV | Dis
2021 : 
JanFeb | MAC | Apr | Mei | Jun | Jul | OGO | Sep | Okt | Nov | Dis
2022 :
JanFeb | Mac | Apr | Mei | Jun | Jul | OGO | Sep | Okt | Nov | Dis
2023 :
JanFeb | Mac | Apr | Mei | Jun | JuL | OGO | Sep | Okt | Nov | Dis
2024 :
JAN | FEB | Mac | APR | Mei | JUN | JUL | OGO | SEP | Okt | NOV | Dis
2025 :
JAN

MALAYSIAN PRESS CUTTINGS (Keratan Akhbar Malaysia)

MALAYSIAN TIN PRODUCTS NEWSLETTER (Majalah Barangan Timah Malaysia)

Majalah Barangan Timah Malaysia berfungsi sebagai penerbitan rasmi Persatuan Pekilang Barangan Keluaran Timah Malaysia (MTPMA), sebuah persatuan industri yang diurus tadbirkan oleh Urusetia Lembaga Timah. Ianya diterbitkan pada tiap-tiap suku tahun dan setiap terbitan mengandungi maklumat terkini mengenai aktiviti-aktiviti Persatuan dan ahli-ahlinya, data dan perangkaan berkenaan industri hiliran pembuatan barangan berasaskan timah serta berita-berita yang berkaitan, di peringkat tempatan dan antarabangsa. Majalah ini diterbitkan dalam format digital dan cetakan dengan sebanyak 250 naskah diedarkan pada setiap terbitan. Versi digital Majalah ini juga boleh didapati dalam talian dan boleh dimuat turun dari laman web Lembaga.

2018 : 1Q | 2Q 3Q | 4Q      2024 : 1Q | 2Q | 3Q | 4Q
2019 : 1Q | 2Q | 3Q | 4Q   
2020 : 1Q | 2Q | 3Q | 4Q 
2021 : 1Q2Q3Q | 4Q
2022 : 1Q2Q | 3Q | 4Q
2023 : 1Q | 2Q | 3Q | 4Q

PENERIMAAN PELAWAT

Urusetia Lembaga Timah menerima kunjungan pelawat-pelawat tempatan dan luar negara yang datang untuk memperolehi maklumat berkenaan perundangan dan peraturan mengenai industri perlombongan negara, peluang-peluang pelaburan, sumber-sumber dan rizab-rizab mineral, pekerjaan, data perangkaan yang berkaitan serta maklumat terkini mengenai hal-hal dan isu-isu berkaitan pembangunan industri.

PENGANJURAN PERSIDANGAN, FORUM, BENGKEL DAN DIALOG

Dalam menganjurkan pelbagai acara yang berkaitan, Lembaga Timah biasanya akan melaksanakannya bersama dengan organisasi-organisasi industri berkaitan seperti Dewan Perlombongan Malaysia (MCOM), Pasaran Timah Kuala Lumpur (KLTM) dan Persatuan Pekilang Barangan Keluaran Timah Malaysia (MTPMA).

Beberapa acara yang telah dianjurkan sendiri oleh Lembaga Timah serta yang dianjurkan bersama pihak lain dalam beberapa tahun kebelakangan ini termasuk:

  • 3rd Symposium on Human Capital Development for Mineral Resource Sector 2014, Universiti Malaysia Perlis;
  • International Tin Chemical and Solder Conference and Exhibition (ITCSCE) 2015, Istana Hotel, Kuala Lumpur;
  • 4th Private Sector Forum on Cooperation in Minerals in ASEAN, Putra World Trade Centre, Kuala Lumpur;
  • 11th Asia Pacific Mineral Resource Exhibition and Conference (APMREC) 2016, Putra World Trade Centre, Kuala Lumpur;
  • Tin Solder Technology Forum 2017, Renaissance Hotel, Kuala Lumpur;
  • Conference on Sustainable and Responsible Mineral Resource Development in Malaysia 2017, Kuantan;
  • 4th Symposium on Human Capital Development for the Mineral Resource Sector 2018, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor;
  • National Conference and Exhibtion on Mineral Resource and Mineral-based Product Development 2018, Kuala Lumpur;
  • Shot-firer Refresher Courses in 2017 and 2018, Kuala Lumpur;
  • National Tin Conference (NTC) 2019, 17 December 2019, Istana Hotel, Kuala Lumpur;
  • Online International Conference on Electronic and Advanced Materials (ICEAM) 2021;
  • Online Forum on “Future of the Tin Industry in Malaysia”, 5 July 2022;
  • The Green Materials and Electronic Packing Interconnect Technology Symposium (EPITS 2022), 13 -14 September 2022, Pulau Langkawi, Kedah; and
  • Conference on The Development of Primary Tin Deposits in Malaysia (PTC 2023), Kuala Lumpur.

KHIDMAT PINJAMAN

Lembaga Timah bersama-sama dengan Dewan Perlombongan Malaysia mempunyai sebuah pusat sumber yang memberikan khidmat pinjaman koleksi buku-buku, filem, slaid, video dan cakera padat mengenai industri bijih timah kepada pelawat-pelawat dari agensi Kerajaan, institusi pengajian tinggi, institusi kewangan, badan-badan dan syarikat- syarikat perlombongan.

Pelawat ke pusat sumber ini akan mendapat akses kepada penerbitan-penerbitan dan bahan-bahan rujukan lain yang berkaitan mengenai industri perlombongan bijih timah di peringkat tempatan, serantau dan global.

KHIDMAT NASIHAT

Lembaga Timah memberikan khidmat nasihat, panduan, idea dan maklumat yang diperlukan mengenai perkara-perkara seperti pelaburan di dalam perlombongan, perdagangan mineral, hubungan dan rangkaian industri, kerjasama R&D dan sumber manusia kepada pelbagai pihak yang berkepentingan dalam usaha mereka untuk mencapai misi dan objektif masing-masing di dalam industri.

PENYELIDIKAN & KEMAJUAN (R&D)

KERJASAMA R&D STRATEGIK

Dalam usaha mempromosikan R&D terhadap bijih timah, Lembaga Timah telah memeterai beberapa Memorandum Persefahaman (MoU) untuk melaksanakan kerjasama R&D strategik dalam program penyelidikan berkaitan bijih timah seperti berikut;

  • Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Tin Technology Limited, UK pada tahun 2003;
  • ITRI Ltd, UK pada tahun 2011 & 2017; dan
  • Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan ITRI Ltd, UK pada tahun 2013.

KOLABORASI DENGAN PENYELIDIK TEMPATAN

Pada tahun 2017, Lembaga Timah telah menubuhkan Tin Solder Technology Researchers Group (TSRG), iaitu sebuah kumpulan penyelidikan khusus bagi pembangunan teknologi pateri. Penyertaan terbuka kepada semua penyelidik yang terlibat di dalam penyelidikan pateri timah dan bidang berkaitan.

Objektif utama kumpulan penyelidikan ini adalah seperti berikut;

  • Menggalak penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam teknologi pateri timah dan bidang berkaitan;
  • Berkongsi pengetahuan dan kepakaran serta kemudahan penyelidikan; dan
  • Menganjur seminar, bengkel dan persidangan untuk wacana intelektual mengenai promosi dan kemajuan teknologi pateri timah.

PENYERTAAN DALAM PERSIDANGAN, FORUM, DIALOG DAN BENGKEL YANG BERKAITAN DENGAN TIMAH

Bagi mengikuti perkembangan terkini industri timah serta industri mineral secara amnya, anggota Lembaga Timah dan kakitangan Urusetia telah menyertai dan mengambil bahagian dalam beberapa acara berikut yang diadakan di peringkat tempatan, serantau dan global, seperti berikut:

  • National Tin Conference (NTC) 2019, 17 December 2019, Istana Hotel, Kuala Lumpur;
  • Workshop and Training Session toward Sustainable Mining Practices among ASEAN and +3 Countries and the Intergovernmental Forum on Mining, Minerals, Metals and Sustainable Development (IGF), 23 – 24 July 2019, Bangkok, Thailand;
  • International Tin Seminar, 29 June 2021 (atas talian);
  • Responsible Tin Supply (RTS) Group Meetings 2021 (atas talian);
  • 6th ASEAN Senior Officials Meeting on Minerals (ASOMM) Joint Working Group Meeting 2021 (atas talian);
  • 21st ASOMM 2021 (atas talian);
  • 14th ASOMM+3 Consultation 2021 (atas talian);
  • 8th ASEAN Ministerial Meeting on Minerals (AMMin) hosted by Vietnam 2021 (atas talian);
  • 10th Liaison Officials’ Meeting of the China-ASEAN Mining Cooperation Forum and Exhibition (CAMCF) 2021 (atas talian);
  • 11th CAMCF & Sub-Forum on Special Mining Promotion for Malaysia 2021 (atas talian);
  • 9th Private Sector Forum on Cooperation in Minerals in ASEAN 2021 (atas talian);
  • Forum on “Future of the Tin Industry in Malaysia”, 5 July 2022 (atas talian);
  • International Symposium on “Facing the Environmental Turn: the Extractive Industries under Scrutiny – Crossing Legal, Political and Economic Perspectives”, 24 – 26 August 2022, Ipoh, Perak;
  • 11th Liaison Officials’ Meeting of the China-ASEAN Mining Cooperation Forum and Exhibition (CAMCFE) 2022 (atas talian);
  • 7th ASEAN Senior Officials Meeting on Minerals’ (ASOMM) Joint Working Group (JWG) Meeting & Associated Meetings 2022 (atas talian);
  • Webinar on Seizing the Development Prospects of ASEAN Minerals Cooperation: Pathways for AMCAP Implementation 2022 (atas talian);
  • 8th JWG of the ASEAN Minerals Cooperation Plan 2022 (atas talian);
  • 22nd ASOMM & Associated Meetings 2022 (atas talian);
  • 10th Private Sector Forum on Cooperation in Minerals in ASEAN 2022 (atas talian);
  • Engagement Session on the Drafting of the Third National Mineral Policy 2024 (DMN3), 8 – 10 August 2023, Bangi, Selangor;
  • 2023 Federal Budget Dialogue, 17 January 2023, Putrajaya;
  • Engagement Session on Budget 2024, 14 July 2023, Putrajaya;
  • Madani Economy Narrative Programme and Budget Dialogue 2024, 13 September 2023, Kuala Lumpur;
  • 12th Liaison Officials’ Meeting of the China-ASEAN Mining Cooperation Forum & Exhibition (CAMCFE), 17 – 19 May 2023, Nanning, Guangxi, China;
  • 9th Joint Working Groups Meeting of the ASEAN Minerals Cooperation (JWG) and its Associated Meetings, 14 – 17 March 2023 (atas talian);
  • 10th Joint Working Groups Meeting of the ASEAN Mineral Cooperation (JWG) and its Associated Meetings, 12 – 15 September 2023 (atas talian);
  • Conference on the Development of Primary Tin Deposits in Malaysia (PTC 2023), 16 November 2023, Kuala Lumpur;
  • Visit to Mineral Research Centre (PPM) and Technical Services Division (BPT), 22 February 2024, Ipoh, Perak;
  • 13th Liaison Officials’ Meeting of the China-ASEAN Mining Cooperation Forum & Exhibition (CAMCFE), 18 – 20 March 2024, Phnom Penh, Cambodia;
  • AFMA Executive Council Meeting, 11 June 2024, Jakarta, Indonesia;
  • Simposium Mineral Strategik: Unsur Nadir Bumi 2024, 8 Julai 2024, H Elite Design Hotel, Tunjong, Kota Bharu, Kelantan;
  • Focus Group Discussion (FGD) – Ban on Mining in PRF and ESA, 23-24 July 2024, Kelab Golf Perkhidmatan Awam (KGPA), Bukit Kiara, Kuala Lumpur;
  • 5th Symposium on Human Capital Development for Mineral Resources Sector, 1 November 2024, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah, Kuantan, Pahang;
  • 24th ASEAN Senior Officials Meeting on Minerals (ASOMM) & Associated Meetings, 18 – 22 November 2024, Bali, Indonesia; dan
  • ASEAN Mining Conference (AMC), 18 – 22 November 2024, Bali, Indonesia.

AKTIVITI-AKTIVITI SEKTOR HILIRAN

Urusetia Lembaga Timah juga memberikan khidmat pentadbiran sokongan kepada Persatuan Pekilang Barangan Keluaran Timah Malaysia (MTPMA) di dalam mempromosi dan menyokong pembangunan aktiviti pembuatan barangan berasaskan timah.

MTPMA telah didaftarkan secara rasmi pada 15 Februari 1990. Ia dipertanggungjawabkan untuk memajukan kepentingan dan pembangunan sektor pembuatan barangan berasaskan timah.

Butiran mengenai MTPMA  boleh diperolehi daripada laman sesawangnya. (www.mtpma.org.my)